Ayah???


Sejak aku umur 6 tahun,aku cuma tinggal dengan ibuku je. masa tue ayah aku meninggal sebab accident. pada hari accident tue, ayah aku bawah aku gak tapi dia dropkan aku kat umah nenek. kalo dia tak dropkan, aku pun mesti terlibat gak, alhamdulillah Allah masih bagi peluang hidup di dunia nie. Hidup tanpa ayah, tak bagi kesan sgt, mungkin sebab selama nie ayah aku bukan dok umah sgt pun. tapi akn terasa sgt2 kehilangan ayah tue, bila time balik dari sek (dulu pi sek jalan kaki je, 5km). bila je kuar dari pintu pagar sek, ramai ayah2 dok tunggu ambik anak dia. tapi aku????tak pernah la rasa pengalaman dijemput ayah tue...jelus sgt2....

jarak umur antara aku ngan adik beradik lain sgt jauh (aku ngan abg atas aku beza 10 tahun), so tak adalah org kat umah selain aku ngan ibu aku je (anak bongsu kan). yg lain dok asrama, keje and sewaktu dengannya.jadi, aku selalu dok sorang2 la kat umah sebab ibu aku selalu jadi tukang masak kat umah orang kawin. kadang2 tue sampai malam baru balik. so, ibu aku tak ada, kenalah masak sendiri. nasi kosong+telur mata makanan wajib :-).

hujung minggu kena kutip getah scrub or org kelantan pggl 'pok'.cari duit belanja sendiri, dapatla sket2. cukup untuk belanaj sek.dulu ibu aku bagi 20 sen je duit belanja sek. nak beli air pun tak lepas. ada satu hari tue, aku tak ada duit langsung pi sek, kawan2 ajak pi kedai nak beli jajan. aku malu nak cakap aku tak ada duit. so, aku ikutlah jugak sambil gengam tangan (konon-kononnya ada duitla dalam tangan). masuk kedai tue, pura2 pilih barang. last2 tak beli pape pun (dh x ad duit:-( ). kawan2 aku tanya la nape x beli pape? aku cakap tak ad yg berkenan walaupun dlm hati nak beli keropok, ais krim. masa tue tuhan jelah tue mcm mane tahan nangis. rasa2nya kalo ada ayah, tak adalah aku rasa susah macam tue kan.....

ape sebenarnya rasa ada ayah??? nak sgt rasa perasaan tue. tengok kawan2 yg ada ayah, rasa jelus sgt. dari kecik sampai skang, perasaan ada seorang ayah tue xpernah aku rasa. Ya Allah, kau rahmatilah roh ayahku, Kau ampunilah segala dosa-doanya Ya Allah. kepada sesiapa yg masih lagi ada ayah, hargailah dan sayangilah ayah korang semua.

5 cara memilih sahabat

Assalamualaikum.....
ini adalah post saya yang pertama untuk blog nie...dah lama rasanya tak menjinakkan diri dalam blogging nie...dulu adalah gak tapi dah lama stop, mungkin masa yang membataskannya ataupun kemalasan diri sendiri....:-)
saya mulakan blog nie mengenai sahabat. ciri-ciri dalam memilih sahabat. kerana bagi saya sahabat memainkan peranan yang sangat penting dalam hidup saya....banyak yang dapat belajar dari sahabat-sahabat saya. dan banyak jugak pengajaran yang dapat saya kutip dari mereka sume.

5 cara memilih sahabat

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah seorang sahabat Rasulullah saw kepada anaknya:

Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika
kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan
jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan
yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan
jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi,
jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan
yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu
mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan
hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.

Photo Gallery